16.12 ? Hari yang bermakna and istimewa bagi aku.
Actually, isnin tu kiteorang hang jb. Alahhhh, pergi CS. Cadang nak hang dengan kak pija and adiknya naim. And budak budak Vandaugh Guess yang lain. And sempat jumpa Nua tonjang, Abang Danny, Bell, Mendek, Achaaa, Amalina, Syafiq and budak budak lain. Jalan sesama.
Malam isnin tu aku tidur rumah kak Pija, sebab bila nak gerak senang saing. So, malam tu sempat lagi layan runningman. Lols, Berdekah je aku tengok ulangan yang aku belum tengok lagi. Kak Pija dengan naim madah main phone dgn tab je. Yang aku text jugak dengan ajam, tapi boleh lagi gelak gelak. Hahahaha, memang malam tu tak boleh nak tidur. Biasalah, tak bujang ahh kalau tidur awal ek? hihi.
Nak dekat pukul 1.30 aku dengan kak Pija belum tidur lagi. Tetiba nak tengok gambar kak Pija dengan ex dia. Hmm, sweet gila kot. Tetiba mata dah ngantok. Kak pija bukak lagu apa ntah. Ngantok gila. Then tidur. Esok paginya, pukul 7 gitu, dengar mak kak pijaa bebel pulak. Basuh baju basuh baju, ibu nak pergi kerja ni. KAk pijaa dengar, tapi tidur mati. Lols. Yang aku tak boleh orang kacau aku tidur, last last dalam pukul 7.30 aku bangun. Pergi ruang tamu tengok tengok naim dah bangun dulu. Alamak malunya aku, lelaki bangun awal. Hahahahaha. Tengok naim pagi pagi dah main laptop. KAKI GAME tuuuu. Jangan main main katekooo hahaha. Then dah siap mandi sarapan semua, cadang nak keluar rumah pukul 11.30, last last abang danny dengan bell dah tunggu depan rumah pukul 11.00 kot. Menggelabah kiteorang. Kak Pijaa tengah gosok tudung dengan baju, lari kebilik, tutup kepala dengan tuala. Maklumlah, aurattt. Hehehe. Then, dah siap bagai, sempat possing dalam bilik. Dah nama pun perempuan. Molekk oohh.
Danny dengan bell naik motor pergi CS. So, kiteorang jalan kaki pergi busstop.
Dalam pukul 12.00 gitu bas datang.Panas gila kot.
Ajam text dia kata tak dapat datang, ayah tak bagi. Sedih tau first engat memang dia tak datang.
Sampai mood dia down gila. Hmm, kiteorang sampai CS dalam pukul 1 lebih gitu.
Then budak budak katsana yang aku tak kenal, aku salam aje. Memb kak pijaa en.
So, taknak lah sombong right? Lagipun vandaugh guess bukan sombong orangnya ;) so cadang nak makan kat mana? Hahaha kiteorang naik tingkat atas sekali. Nak makan bayar guna card. Macam kat aeon? Card foodcourt tu. Rm3 je and selebihnya topup.
Hmm, apa ek nama restaurant tu? Haaaa DAPURKITA restaurant. Air dia mahal mahal doh. Aku mintak abg danny belanja makan dengan minum. Sebagai hadiah birthday aku yg lepas. Hahahahaha jahat gila aku ek? Yelah siapa suruh tak datang kan? Amekau. Selalu aku yang belanja, alahhh bukan selalu pun. Then aku mintak abg danny nombor nuar tonjang. Dia tinggi sangat tu yang aku panggil dia tonjang. Hahahaha. Nuar kata dia datang dalam pukul 4.30 gitu lah.
Ajam pun text aku dia kata dia turun cs tapi sempat hantar aku balik je lah. Sebab dia datang dalam pukul 5.15 kot. Aku balik dah pukul 6.45 gitu. Aduhai. Sempat spend time dengan dia sekejap je tak lama pun ;( Back to the story, lepas makan tu kiteorang pergi cari barang sekolah naim. Beg sekolah.
Mahal mahal harganya. Haish memang best ah. Then jenjalan kat Kotaraya, rehat rehat kat sana. Possing lah apa lagi ek? hahaha.
Lepas jalan jalan nak dekat pukul 4.30 tu kiteorang patah balik ke JCO DONUTS kat CS. Sebab kotaraya tak function langsung. Bored.
Aku, kak pijaa dengan naim je gerak jco dulu. Sementara tu, beli donut kat situ. beli 6 kau. Habis duit aku terbang $$$$$ donut kat situ sedap sedap. Aku tak habis makan pun aku bawak balik je. Then nuar pun sampai. Dah lepak lepak kejap. Budak budak ni ada kat luar. Nampak dorang tengah beli apa ntah. Dorang kaki jalan. Suka survey sana sini. Aku boleh je join dorang jalan jalan. Tapi dah lama tak jalan sepenat ni so memang tak larat ahh. Tak lama tu ajam sampai. Aku tunggu dia kat depan McD. Tak perasan pulak dia kat belakang aku. Dia tendang kaki aku? mongok betul --' Hahahaha apa lagi, aku berkepit jelah dgn dia. Dia nampak amoyy cun cun aku cubit pewot dia lah, tolak muka dia lah, yang paling best tarik pipi dia yang gebu tu. Geram sangat. Masa kiteorang jalan kat luar JCO tu, ajam tengah pegang phone dia. Aku geram aku amik lah phone dia tu bawak lari. Dengan screen pecahnya sebab gaduh dengan aku haritu, dia boleh baling? Sabar jelah --' Hmm macam biasa stalk phone dia. Wechatt.... gambar...
Mesej aku tak sempat nak tengok. Gambar? Penuh dengan gambar aku je. --' Wechat? Hmmm taktahu nak cakap apa tapi chat ex dia still ada. Nak marah pun tak guna kan? Aku pun taktahu lah dia taip apa. Tapi nak tekan dah tak sempat sebab loading lama sngt and berebut dengan ajam pulak tu. Ajam tarik2 last last phone dia mati. Banyak kali bukak batery dia pasang balik then bukak balik tapi mati jugak. Then masa tu ajam tengah marah gila. Aku pun puas pujuk eiiiii. Panas baran budak gemok tu --' Aku malaslah nak carik pasal aku biarkan je. Kang tak pasal pasal date kiteorg tak jadi.
So dalam pukul 6.30 tu kiteorang pergi tempat bas. And terus naik. Ajam hulur Rm5 dkt aku buat tambang bas. Tapi aku tak amik. Hahahahhaha aku pulak yang merajuk -,- Then duduk dalam bas tu. Penuh gila orang. Ajam tak tegur aku langsung. Okay fine~
Then dia belek2 phone dia, last2 phone dia hidup balik. Aku biarkan je. Nak tengok dia still marah aku ke tak. Last2 dia tegur aku. Pujuk aku hahaha. Aku dah geram sangat --' Orang tua kat depan tu tengok je. Dah macam ape dah. Malu tau~
Bila bas dah gerak, aku kacau ajam. Cubit dia sana sini. Dia pun kacau balik. Adoii sakit tawu tak :p Then ada sorang nyonya ni duduk sebelah ajam. Nyonya tu tengok je dia. Aku pun dalam hati cakap lah '' dah kenapa nyonya ni? syok dekat ajam ke? jangan main main. Hahahaha ''
Nak tergelak pun ada. Taktahu lah ajam perasan ke tak. Yang kak pija dengan naim duduk belakang sekali. Kiteorg nak duduk belakang tempat dah penuh. Last last duduk depan je.
Ngantok pun ada jugak. Nak tertidur. Tapi aku sukakacau ajam. Aku bisik kat dia '' happy anniversary 7 months we have been together'' Then muka dia merah gila. Dia terus tutup muka cover. Katanya nak tidur. Entah entah blushing hahahaha :p wekk.
Then aku tiup2 telinga dia lah apelah. Last last dah penat sangat, duduk diam kejap. Yang ajam pulak letak muka kat leher aku. Lagilah aku ngantok~ sempat lagi text ajam even dia kat sebelah. kutuk2 orang hahaha ngek~ gelak gelak aku dibuatnya.
Ramai orang dah turun dari bas tu, kiteorang pun pindah ler tempat dduk kat belakang. Haaa selesa pun tempat duduk 2 orang je. Akhirnya!! hahahahah.
Tengok kat tingkap dh gelap~ mahgrib dah kot masa tu. Aku genggam tangan ajam erat erat. Kalau boleh nak dia kat sebelah aku sepanjang masa. Rasa tenang je bila dia kat sebelah. Pandang tingkap lagi, dah dekat bandar putra rupanya. Tak lama lagi ajam pun nak balik. Aku baring kat bahu dia. Dia pun usap usap kepala aku. Ya Allah, aku menangis masa tu :')
Then aku bangun pandang tingkap sambil lap air mata, ajam pandang2 aku. Dia kata '' tak payah nak nangis lah budak agas '' hahahaha mongok punya ajam.
Aku baring lagi kat bahu dia, then air mata membasahi pipi. Dia lapkan air mata aku. Ya Allah, betapa rindunya saat tu. Dah lama tak kena usap. Dia dah nak turun, aku salam tangan dia, dia pun cium tangan aku. Dia bangun pergi ke aras driver bas tu, dah akhirnya dia turun. Aku apa lagi? aku cepat2 text dia, '' Terima kasih teman manja walau sekejap :') loveyou tc '' then tengok dia dah naik busstop tu. Then aku lambai tangan kat dia. Pandang tempat duduk kat sebelah, dah tak ada orang. Terasa kosong sangat bila dia pergi. Nak jumpa bukannya hari hari even rumah dekat. Still rindu kat dia. Then dah sampai terminal.
Tinggal tunggu ayah kak pija datang amik je. then dah sampai rumah~
Apa yang aku rasa malam tu, seronok, happy, sedih, rindu dan banyak lah.
Aku harap dapat spend time lagi dengan ajam and yg lain.
Aku harap dapat jumpa dia lagi. Rindu? Hanya air mata yang menterjemahkan segala rindu.
Betapa rindu sayang dan cinta, aku dekat dia yang tak pernah berubah.
Rindu? Setiap hari aku merindukan dia.. Bila sepi, aku hanya rindu kenangan.
Kenangan yang pernah aku lalui. Rindu saat itu.
Dan rindu itu. Sentiasa wujud perasaan itu.
Selamanya rindu. Sayang. Cinta.
Awak :')
Happy Anniversary for 7 months sayang. ILOVEYOU!